Terma & Syarat

Sila baca terma & syarat dibawah dengan teliti :-

Tempahan

  • Sebarang tempahan hanya akan diterima melalui laman web ini sahaja.
  • Tempahan melalui email tidak akan dilayan sama sekali.
  • Nama yang dimasukan di dalam borang pesanan perlulah tepat seperti mana di dalam kad pengenalan
  • Kemas kini tempahan hanya akan dibuat pada waktu kerja Isnin-Jumaat iaitu pada waktu 09.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Sekiranya tempahan dibuat selepas waktu tersebut. Pihak kami akan menyemaknya tempahan pada keesokan hari.
  • Kemas kini status tempahan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam
  • Tempah yang dibuat pada hujung minggu akan dikemas kini pada hari berkerja seterusnya.

Pembayaran

  • Pembayaran boleh dilakukan melalui Cash deposit,Maybank2u, Cimb Clik dan Ar Rajhi Online.
  • Jika Pembayaran melalui Cheque status tempahan akan “confirm” selepas cheque tersebut clear.

Pembatalan

  • Sebarang pembatalan tempahan pakej harus dibuat dalam masa 48 jam.
  • Selepas 48 jam segala pembatalan tiada pemulangan wang akan dibuat.
  • Pembatalan dengan menggantikan nama orang lain dibenarkan mengikut  syarat-syarat tertentu.
  • Pihak penganjur boleh meminda,menukar tarikh yang dikeluarkan sekiranya mempunyai sebab yang akan membahayakan peserta. Seperti letupan,peperangan atau pun bencana alam.
  • Pihak kami boleh membatalkan tempahan sekiranya terdapat unsur penipuan dan keraguan dari segi pembayaran.

Kategori Umur

Bayi                         : 0-3 tahun

Kanak-kanak         : 3 hingga 11 tahun

Dewasa                    : 12 tahun keatas

Dokumen

Pasport persendirian

  • Bagi Pasport perjalanan persendirian. Tarikh sah laku passport haruslah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh tamat waktu perjalanan trip ini dibuat.
  • Sebarang masalah passport & dokumentasi di imegresen Malaysia mahupun imegresen Singapore pihak kami tidak akan bertanggungjawab

Pasport Berkumpulan

  • Bagi yang memerlukan Pasport Berkumpulan. Tempat adalah had kepada 20 orang sahaja.
  • Tempat untuk proses passport berkumpulan hanya akan dibuat di imegresen Shah Alam Sahaja.
  • Masa dan waktu berkumpul untuk proses passport berkumpulan adalah mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan oleh kami.
  • Jika terdapat sebarang masalah dokumentasi di imegresen untuk passport berkumpulan pihak tuan perlu hadirkan diri untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Pihak kami hanya membantu dan menguruskan proses dokumentasi sahaja.

Penginapan

  • Bilik yang disediakan untuk berdua adalah “double bed” atau “twin sharing”.
  • Bilik bertiga akan menerima satu katil tambahan.
  • Setiap seorang menerima satu voucher sarapan pagi di hotel.